Refleksi Minggu 10

Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Peribahasa di atas adalah merupakan antara salah satu peribahasa yang membicarakan tentang kerjasama. Kerjasama yang utuh sangat diperlukan tidak kira dalam sebarang pekerjaan apa sekalipun. Dengan adanya semangat kerjasama sesama ahli ia akan membawa kepada satu hasil yang sangat terbaik di antara yang terbaik kerana adanya sikap saling tolong menolong dan berbagi kemahiran. Konsep kerjasama ini tidak hanya diaplikasikan pada masa kini namun ia sudah lama dipraktikkan semenjak dari zaman dahulu lagi. Perkara ini juga dapat dilihat ketika di zaman Rasulullah.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutuskan tujuh puluh orang sahabat yang ahli dalam bidang al-Qur’an kepada sebahagian kabilah dengan tujuan berdakwah di jalan Allah subhanahu wa ta’ala untuk memberikan pengajaran agama kepada mereka. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutuskan Mush’ab bin Umair radhiallahu ‘anhu ke Kota Madinah sebelum hijrah untuk memberikan pengajaran dan pemahaman ilmu agama kepada kaum Anshar yang baru memeluk Islam pada ketika itu. Hal ini membuktikan bahawa nilai kerjasama itu sangatlah memberi dampak yang besar dalam menghasilkan suatu hasil yang terbaik.

Kesinambungan daripada minggu sebelum ini iaitu minggu ke 9, kumpulan kami telah pun menyiapkan projek multimedia yang telah dirancang iaitu ‘Dunia Pengangkutan Awam’. Projek kami kemudiannya dihantar oleh salah seorang ahli kumpulan kami ke dalam group Telegram untuk disemak dan diperhalusi oleh PM Dr Rosseni. Pada minggu ke 10, kami telah mendapat maklum balas daripada PM Dr Rosseni berkenaan projek yang sudah kami hasilkan. Seperti biasa, komen positif dan membina yang diberikan oleh PM Dr Rosseni sangat dinanti-nanti oleh kami kerana pengalaman yang dimiliki oleh beliau dalam bidang Inovasi Teknologi ini sangat luas dan tidak dapat dipertikaikan lagi. Antara perkara yang ditegur dan perlu kami perbaiki dan perbetulkan dalam hasilan projek kami ialah alignment teks perlu diseragamkan dalam setiap slide, pemilihan saiz dan stail font perlu disesuaikan dan tempoh masa pengenalan kumpulan perlu disingkatkan sedikit. Walaubagaimanapun, PM Dr Rosseni akan sentiasa memberi kata-kata positif dan pujian setiap kali beliau memberikan komen untuk memberi semangat untuk kami terus maju.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started