Refleksi Minggu ke 9

Tanggungjawab

Tanggungjawab bukanlah perkara yang harus dipandang enteng. Tanpa kita sedari, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab masing-masing yang harus dijaga baik dari segi sekecil-kecil perkara seperti tanggungjawab ke atas penjagaan badan kita, mahupun sebesar-besar perkara seperti menjaga keamanan negara. Kesemua dari kita mahu tidak mahu perlu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Kesinambungan daripada minggu sebelum ini, pembelajaran pada minggu 9 diteruskan dengan kerjasama yang padu daripada setiap ahli kumpulan. Setelah mengumpulkan info maklumat pada minggu sudah, kami bersetuju untuk membincangkan langkah yang perlu diambil seterusnya dalam penghasilan projek multimedia kami iaitu ‘Dunia Pengangkutan Awam’. Setiap dari kami telah diberikan tugasan mengikut kesesuaian kemahiran yang sedia ada yang terdapat pada setiap ahli. Oleh itu, kami sebulat suara bersetuju untuk memberi Amir Adi menguruskan pembuatan video authentik, Syafinas menumpukan info dan voice over teks dan saya memberikan penumpuan terhadap pembinaan kuiz.

Melihat kepada skop tugas yang telah saya terima, saya menghadapi sedikit kesukaran dalam menghasilkan kuiz mudah ke dalam Powerpoint. Apa yang dapat saya katakan adalah pembinaan kuiz dalam Powerpoint ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Walaupun hasil kuiz yang telah saya berjaya siapkan dilihat seperti kuiz yang ringkas dan keanak-anakan, namun ianya mengambil masa hampir seminggu untuk menyiapkannya oleh kerana ia memerlukan penelitian yang sedikit kompleks berbanding kuiz yang biasa dibuat mengunakan medium-medium lain. Alhamdulillah setiap ahli kumpulan berjaya menyiapkan tugasan masing-masing kemudian diserahkan kepada PM Dr Rosseni untuk diteliti olehnya. InshaAllah semoga projek yang kami lakukan dengan hasil usaha keras kami mampu memberi manfaat kepada mereka di luar sana Amin..

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started