Refleksi Minggu ke 8

Pengalaman baru mendewasakan diri

Salam sejahtera kepada semua. Pengalaman adalah merupakan perkara yang tidak asing dalam kehidupan seseorang yang bergelar insan di dunia ini. Setiap individu tidak boleh lari dari pengalaman. Setiap insan akan melalui satu fasa yang dinamakan ‘Pengalaman Baru’. Seorang bayi akan melalui pengalaman baru ketika pertama kali berjalan. Seorang kanak-kanak akan melalui pengalaman baru ketika pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah dan seorang yang bergelar mahasiswa sekalipun akan melalui pengalaman baru sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke dewan kuliah. Dalam diri ini, perlu ada sikap sentiasa bersedia untuk belajar perkara baru meskipun diri ini tidak pernah terfikir untuk melakukan sesuatu perkara tersebut.

Melihat kepada pembelajaran pada minggu ke 8, pengalaman pada minggu ke 8 ini dilihat amat memberi impak yang besar kepada kami semua dalam mematangkan fikiran. Sikap sentiasa bersedia terhadap apa jua keadaan telah kami tanam dalam diri sewaktu proses penghasilan projek multimedia ini. Oleh kerana masing-masing dari kami tidak mempunyai pengalaman dalam menggunakan perisian Powerpoint dalam menghasilkan medium pembelajaran, kami mengalami sedikit kesukaran dalam proses pembinaannya. Namun begitu, tidaklah mudah untuk kami menyerah begitu saja oleh kerana sedikit kesukaran yang kami hadapi ini. Kami percaya setiap masalah pasti akan ada penyelesaiannya. Oleh itu, kami telah bersepakat supaya setiap dari kami perlu mencari info maklumat yang berkaitan dengan projek yang perlu kami ubah suai dari aplikasi Kahoot kepada PowerPoint.

Antara medium yang digunakan untuk mencari maklumat yang berkaitan adalah melalui Google, Youtube, Pinterest dan sebagainya. Pelbagai ilmu dan ‘Pengalaman Baru’ yang kami perolehi daripada minggu ke 8 ini antaranya cara memasukkan voice over text ke dalam PowerPoint, membina kuiz menggunakan PowerPoint dan sebagainya. Walaupun pembinaan kali ini sedikit memakan masa kerana ketidakbiasaan pengalaman baru ini kepada kami, namun kami enjoy sepanjang melakukannya.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started